Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ribut Di Langkawi Dan Kawasan Utara Berpunca Dari Ekor Taufan Lekima, China

Malam semalam, hujan lebat beserta angin kencang telah melanda di beberapa kawasan di Pulau Langkawi dan di negeri di utara Semenanjung.

Advertisement

Menerusi beberapa video yang dimuatnaik dilaman sosial, hujan lebat dan ribut yang melanda dikawasan ini menyebabkan banyak kerosakan harta awam seperti kereta dan bangunan.

Antara kawasan yang terjejas di Pulau Langkawi adalah seperti Kedawang, Bohor, Padang MatSirat, Ayer Hangat, Kuah dan Ulu Melaka.

Menurut Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian ribut ini adalah berpunca daripada ekor Taufan Lekima yang membadai timur negara China.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini