Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Fenomena Cahaya Utara, Ribut Solar Bakal Landa Bumi Lewat Malam Ini

Fenomena Cahaya Utara dijangka dapat dilihat di beberapa tempat di United Kingdom (UK) tengah malam ini ketika ribut solar atau geomagnetik melanda bumi.

Ia merupakan sinar cahaya yang sering kelihatan pada waktu malam di kawasan altitud tinggi di kawasan utara bumi.

Advertisement

fenomena cahaya utara, ribut solar bakal landa bumi lewat malam ini

Malah, Scotland, bahagian utara England dan Ireland Utara juga dijangka dapat melihat cahaya tersebut. 

Menurut Pentadbiran Kelautan dan AtmosferaKebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat (AS), ribut geomagnetik itu berlaku akibat daripada aktiviti di matahari dan sebelum melanda bumi.

Kejadian itu juga berada dalam kategori G2 dan dianggap dalam tahap sederhana.

fenomena cahaya utara, ribut solar bakal landa bumi lewat malam ini

Menurut penulis dan ahli astronomi terkenal tentang fenomena Cahaya Utara, Tom Kerss menekankan ribut itu tidak akan menyebabkan berlaku gangguan di UK atau lokasi berdekatan.

Namun, gangguan akan berlaku jika ribut solar yang kuat akan melanda bumi seperti yang pernah berlaku pada 150 tahun lalu.

Setakat ini, tiada ribut solar dengan kekuatan lebih besar itu berlaku di bumi.

Sumber: [1] [2]

ERA Muzik Hit Terkini