Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] ‘Rider’ Luar Negara Selar Malaysia Ambil Ringan Tak Baiki Jalan?

Sebuah video di media sosial tular apabila seorang penunggang motosikal luar negara memberikan komen terhadap pihak bertanggungjawab yang mengambil ringan dan tidak membaiki jalan berlubang di negara ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi 49 saat, pemilik akaun Twitter @EppyFizul berkongsi video @landobrotherhood daripada aplikasi TikTok dan pelbagai reaksi daripada warganet.

Advertisement

[video] ‘rider’ luar negara selar malaysia ambil ringan tak baiki jalan?

"Macam tu je pihak yang bertanggungjawab kena 'taruk' dengan rider luar negara pasal tak reti jaga jalan raya di Malaysia," katanya.

Video tersebut jelas memaparkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakannya didakwa menggunakan sebuah lebuh raya di Peru dan berkata jalan raya di negara itu dalam keadaan baik berbanding di sini.

"Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.

"Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik (sedangkan) tidak ramai orang datang ke sini.

"(Manakala) Pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang (jalan raya), selamatkan rakyat anda," ujar penunggang motosikal tersebut.

Sumber: Sinar Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini