Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Rider’ Maut Tercampak Atas Bumbung Kereta Akibat Wanita Masuk Simpang Secara Mengejut

Seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 50 Jalan Klang-Teluk Intan, pada Khamis.

Kejadian kira-kira berlaku jam 9.50 pagi telah menyebabkan mangsa berusia 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Advertisement

‘rider’ maut tercampak atas bumbung kereta akibat wanita masuk simpang secara mengejut

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, beliau memaklumkan mangsa menunggang motosikal bersendirian dari arah rumahnya di Kampung Tebuk Berihun, Sabak Bernam menuju ke Pulau Indah.

"Semasa kejadian sebuah Proton Saga dipandu wanita berusia 67 tahun dari arah bertentangan dipercayai tiba-tiba memasuki simpang di jalan tersebut," katanya.

‘rider’ maut tercampak atas bumbung kereta akibat wanita masuk simpang secara mengejut

Malah, mangsa yang berada di jalan lurus tidak sempat mengawal motosikal lalu merempuh pintu depan penumpang kereta tersebut.

"Rempuhan itu kemudian menyebabkan penunggang motosikal tercampak ke atas bumbung kereta lalu meninggal dunia," ujarnya.

Wanita berkenaan sempat memberhentikan kenderaannya dan hanya cedera ringan di pinggang.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini