Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aksi Sulung Romeo Beckham Bersama Fort Lauderdale, Tekad Ubah Kerjaya Model Ke Pemain Bola Sepak

Romeo Beckham teruja dapat beraksi dalam penampilan sulungnya dalam bola sepak profesional untuk pasukan Amerika, Fort Lauderdale.

Pasukan Fort Lauderdale yang dimiliki bapanya, David Beckham dilihat mencungkil bakat-bakat bola sepak baharu termasuklah anaknya.

Advertisement

aksi sulung romeo beckham bersama fort lauderdale, tekad ubah kerjaya model ke pemain bola sepak

Anaknya yang merupakan seorang model beraksi sebagai pasukan simpanan Inter Miami dalam Major League Soccer pada awal bulan ini sebelum menyertai pasukan Fort Lauderdale.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Romeo dilihat berkongsi foto ketika tampil di padang dan memaklumkan kerjayanya kini ke arah sukan bola sepak.

Biarpun menempa nama dalam dunia fesyen, model berusia 19 tahun itu tekad untuk fokus dalam bidang sukan bola sepak sebagai satu titik permulaan buatnya.

aksi sulung romeo beckham bersama fort lauderdale, tekad ubah kerjaya model ke pemain bola sepak

Untuk rekod, kerjaya Romeo dalam bidang fesyen bermula seawal usianya 10 tahun lagi.

Rata-rata warganet menyokong kerjayanya yang terbaharu ini dan bapanya David turut meluahkan rasa bangga atas kejayaan anaknya yang komited untuk fokus ke bidang sukan.

“Sangat bangga dengan kamu,” tulisnya di ruangan komen.

Kredit Foto @romeobeckham

ERA Muzik Hit Terkini