Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cherubini Tolak Desas-Desus Cristiano Ronaldo Mahu Tinggalkan Juventus FC

Cristiano Ronaldo dijangka terus kekal bersama Juventus dan bakal bergabung bersama rakan sepasukannya untuk latihan pra-musim.

cherubini tolak desas-desus cristiano ronaldo mahu tinggalkan juventus fc

Advertisement

Menurut Pengarah Bola Sepak, Federico Cherubini, pemain kebangsaan Portugal ini telah memasuki tahun terakhir kontrak empat tahun yang ditandatangani selepas berhijrah dari Real Madrid.

Dia juga dilaporkan bakal meninggalkan Turin menjelang musim baru, dengan bekas kelab, Manchester United dan Real Madrid antara yang dikaitkan, bersama-sama dengan Paris Saint-Germain (PSG).

cherubini tolak desas-desus cristiano ronaldo mahu tinggalkan juventus fc

Namun, Massimiliano Allegri kembali sebagai ketua jurulatih dan Cherubini menggantikan Fabio Paratici manakala Maurizio Arrivabene dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru.

Tambah Cherubini, beliau menolak laporan baru-baru ini yang mengatakan Ronaldo ingin berhijrah kepasukan baru.

“Tidak ada isyarat daripada Ronaldo terutama (mengenai) desas-desus bahawa dia mahu berpindah. Tidak ada petanda dari Juventus dalam hal ini,” katanya.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini