Skip to main content

Advertisement

Hiburan

EURO 2024 Adalah Penampilan Terakhir Saya Di Pentas Eropah – Christiano Ronaldo

Lands-P-16.png

 

Advertisement

Cristiano Ronaldo telah mengisytiharkan EURO 2024 sebagai Kejohanan Eropah terakhirnya, selepas Portugal mengatasi Slovenia untuk mara ke suku akhir.

Ketika perlawanan menentang Slovenia, Ronaldo telah melepaskan peluang bertahan dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pusingan 16, semalam.

Sepakan penaltinya dalam masa tambahan pula ditepis oleh penjaga gol, Jan Oblak.

Ronaldo terlihat menangis ketika rehat masa tambahan kerana berasa sangat kecewa terhadap dirinya pada ketika itu.

Namun, dia bangkit untuk menyempurnakan tugasnya sebagai penyepak pertama dalam penentuan sepakan pertama, manakala penjaga gol negaranya, Diogo Costa, menyelamatkan ketiga-tiga usaha Slovenia untuk skuad Selecao menempah pertemuan suku akhir dengan Perancis.

Aksi Ronaldo dalam kejohanan utamanya yang ke-11 merupakan kali pertama dia gagal menjaringkan sebarang gol di peringkat kumpulan.

Ronaldo telah memuktamadkan keputusannya untuk tidak lagi beraksi dalam EURO 2028 dengan memberitahu RTP: "Tanpa ragu-ragu lagi ini adalah EURO terakhir bagi saya”.

Menurut Ronaldo, dia mengalirkan air mata bukan kerana sedih namun, terharu dengan segala yang melibatkan bola sepak seperti semangat yang ada untuk bermain, semangat para peminat dan keluarganya.

 

Sumber: Stadium Astro

ERA Muzik Hit Terkini