Sebuah restoran di India telah membuat kelainan dalam menu hidangannya apabila memperkenalkan kari COVID berserta roti naan pelitup muka.

Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang masih melanda dunia ketika ini, pemilik restoran di bandar Jodhpur, Yash Solanki memperkenalkan menu berkenaan bagi menarik semula pelanggan ke premis berkenaan.
Advertisement
Hidangan kari COVID itu adalah sayur yang digoreng dan dibentuk seakan-akan virus korona, dimakan bersama roti naan yang menyerupai pelitup muka.
Setakat ini, India mencatatkan kes sebanyak 1.9 juta jangkitan dengan lebih 39 ribu kematian akibat COVID-19.

Sumber: Times Malta