Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pasangan Warga Emas Rujuk Semula Lepas 41 Tahun Bercerai

Pasangan warga emas, Mohd Jusoh, 68, dan Mek Kadijah Awang, 62, telah menceriakan anak dan cucu apabila mereka mengambil keputusan untuk merujuk semula selepas berpisah selama 41 tahun.

pasangan warga emas rujuk semula lepas 41 tahun bercerai

Advertisement

Majlis pernikahan serba ringkas diadakan di Kampung Kuala Kubang, Jabi, Besut oleh jurunikah, Abd Zaman @ Mohamed dengan mas kahwin RM1,300.

Mek Kadijah yang berasal dari Kampung Gong Nangka pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1971 dan dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan, Zaleha, 45 dan Mahadi, 41, sebelum bercerai pada tahun 1978.

Mereka kemudian membawa haluan masing-masing dan berkahwin dengan pasangan baru selepas itu.

pasangan warga emas rujuk semula lepas 41 tahun bercerai

"Saya mendapat tahu Mek Kadijah telah berpindah ke Kampung Kuala Kubang, Jabi setelah menikah baharu dengan Hussin Mohamad dan memperolehi lima anak.

"Keinginan untuk kembali merujuk dengan Mek Kadijah timbul apabila mengetahui bekas isterinya sudah kematian suami sejak tiga tahun lalu. Kebetulan saya juga telah kematian isteri sebelum itu,"  kata Mohd Jusoh pada Kosmo!.

ERA Muzik Hit Terkini