Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Makin Tinggi Rumah, Makin Selamat Dari Gangguan Roh Jahat

Menurut kepercayaan suku Korowai di Papua Barat, semakin tinggi rumah dibina, semakin selamat seseorang itu daripada gangguan roh jahat.

makin tinggi rumah, makin selamat dari gangguan roh jahat

Mereka percaya, roh jahat atau dikenali sebagai laleo atau iblis kejam boleh menganggu mereka pada malam hari.

Advertisement

Adat resam ini masih lagi diamalkan oleh suku kaum berkenaan, hinggakan ada rumah yang dibina atas pokok setinggi 50 meter.

makin tinggi rumah, makin selamat dari gangguan roh jahat

Suku Korowai menduduki beberapa wilayah lain di Indonesia seperti Kabupaten Mappi, Papua dan populasi etnik ini mencecah 3,000 orang setakat ini.

Selain daripada mengelak daripada roh jahat, tujuan rumah ini dibina pada ketinggian tertentu adalah bagi mengelakkan gangguan binatang buas.

makin tinggi rumah, makin selamat dari gangguan roh jahat

“Suku Korowai juga percaya bahawa semakin tinggi rumah yang mereka bina, semakin terhindar daripada gangguan roh-roh jahat tersebut.

“Mereka juga menganggap bahawa pembinaan rumah tinggi tersebut adalah warisan leluhur daripada nenek moyang yang wajib dilaksanakan hingga hari ini,” katanya.

Bagi membina rumah atas pokok ini, bahagian atas pokok akan ditebang dan dijadikan ruang utama rumah. Dinding rumah diperbuat daripada batang-batang kayu kecil dan lantainya menggunakan dahan pokok yang kuat.

makin tinggi rumah, makin selamat dari gangguan roh jahat

Sebelum rumah dibuat, ritual menghalau roh jahat akan dilakukan terlebih dahulu pada sebelah malam.

Sumber: Pos Kupang.com

ERA Muzik Hit Terkini