Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dapur Di Malaysia, Ruang Tamu Di Indonesia, Rumah Lelaki Ini Di Tengah Sempadan Negara!

Sebuah rumah unik telah didirikan disempadan dua negara, iaitu di Indonesia dan Malaysia telah mencuri perhatian ramai.

dapur di malaysia, ruang tamu di indonesia, rumah lelaki ini di tengah sempadan negara!

Rumah ini terletak di Pulau Sebatik, iaitu disebelah timur laut Kalimantan dan menjadi sebahagian daripada wilayah Kalimantan Utara.

Advertisement

dapur di malaysia, ruang tamu di indonesia, rumah lelaki ini di tengah sempadan negara!

Pulau Sebatik terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian Utara adalah milik Malaysia, manakala wilayah Selatan milik Indonesia. Ia menjadikan rumah milik lelaki ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian dapurnya di Malaysia, dan ruang tamu di Indonesia!

Dipetik dari laman Facebook Osman Saide, beliau menceritakan pengalaman berkunjung kerumah ini yang juga dikenali sebagai ‘rumah dua negara’.

Menurut Osman, bahagian ruang tamu rumah ini dicat dengan warna merah putih iaitu lambang warna pada bendera Indonesia, manakala bendera Jalur Gemilang berkibar pada bahagian dapur.

Sumber: Facebook Osman Saide

ERA Muzik Hit Terkini