Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rumah Terbakar Gara-Gara Halau Lalat Guna Pemukul Lalat Elektrik

Gara-gara mahu menghalau seekor lalat, rumah seorang warga emas di Perancis habis terbakar.

rumah terbakar gara-gara halau lalat guna pemukul lalat elektrik

Ia terjadi selepas lelaki berusia 80 tahun itu cuba membunuh serangga berkenaan menggunakan pemukul lalat elektrik.

Advertisement

rumah terbakar gara-gara halau lalat guna pemukul lalat elektrik

Percikan api dilaporkan terjadi akibat daripada menggunakan alat berkenaan, menyebabkan rumahnya habis terbakar.

Sebelum kejadian, lelaki berkenaan sedang bersiap untuk makan malam di rumahnya dekat kampung yang  dikenali Parcoul-Chenaud di Dordogne.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi lalat berterbangan, membuatkan dia merasa berang lalu mencari lalat tersebut.

Tidak tahan diganggu lalat, beliau mengambil pemukul lalat elektrik dari dapur, tanpa menyedari terdapat kebocoran gas yang menyebabkan berlakunya pecikan api lalu membakar bahagian dapur sebelum merebak ke bahagian lain rumahnya.

Lelaki itu bagaimanapun selamat dari kebakaran dan hanya mengalami luka kecil di tangan.

Sumber: BBC News

ERA Muzik Hit Terkini