Seekor monyet di daerah Panipat, India, menjadi punca kenapa motor yang diletakkan di tempat terbuka, selalu kehabisan minyak dalam tangki.

Sebuah video berjaya dirakamkan menunjukkan monyet tersebut sedang leka menyedut minyak daripada sebuah motor yang diletakkan di tempat terbuka.
Advertisement

Orang ramai pada mulanya merasakan pelik kerana minyak daripada kenderaan mereka sering kali habis dan kering, dan mengesyaki ia adalah dari perbuatan khianat manusia.

Selepas di siasat, ia adalah berpunca daripada seekor monyet.
Monyet tersebut juga enggan menerima sebarang makanan lain seperti pisang dan buah-buahan, selain daripada minyak kenderaan.
Sumber: Youtube