Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rusia Kata Berjaya Cipta 'Antidote' COVID-19 Pertama Di Dunia Dengan 99% Keberkesanan

Rusia mendakwa berjaya menghasilkan 'antidote' COVID-19 yang pertama di dunia.

rusia kata berjaya cipta

Menurut Agensi Perubatan dan Biologi Persekutuan (FMBA), ujian awal menunjukkan ubat antivirus ciptaan negara berkenaan mempunyai keberkesanan sebanyak 99%.

Advertisement

"Ini adalah ubat etiotropik pertama yang secara langsung menyerang virus dengan lebih tepat.

"Sebenarnya, ini adalah penawar sebenar kepada jangkitan koronavirus," kata ketua FMBA, Veronika Skvortsova.

Dia mengatakan kajian pra-klinikal yang telah selesai menunjukkan bahawa rawatan eriotropik (bermaksud menyerang kepada penyebab penyakit) adalah rawatan yang "sangat cekap" dan "selamat sepenuhnya".

"Sekiranya ujian klinikal mengesahkan keberkesanan ubat ini, ia akan menjadi ubat antivirus yang paling selamat dan berkesan," katanya lagi.

Pada bulan Jun, Rusia telah meluluskan vaksin Aviifavir untuk digunakan dalam merawat pesakit COVID-19 setelah ujian menunjukkan bahawa ia mampu memendekkan tempoh masa pemulihan.

Sementara itu Remdesivir telah digunakan sebagai rawatan antivirus pada pesakit COVID-19 di beberapa negara seperti AS. Namun keberkesanannya telah banyak diperdebatkan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar tidak digunakan pada bulan November lalu.

Dalam perkembangan lain, sebanyak enam syarikat pembekal vaksin akan dibekalkan kepada Malaysia iaitu Pfizer-BioNTech, AstraZeneca-Oxford, Sinovac Biotech, CanSino Biologics, Garmaleya Research Institute dan Sinopharm.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini