Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rusia Bakal Cipta Sejarah, Hasilkan Filem Pertama Di Angkasa Lepas

​​​​Rusia bakal melancarkan penggambaran filem pertama di dunia yang dijalankan di angkasa dalam usaha mengatasi Amerika Syarikat.

Menurut agensi angkasa Russia, Roscosmos mendedahkan jalan cerita filem itu memberi fokus mengenai pakar bedah wanita yang dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk menyelamatkan angkasawan.

Advertisement

rusia bakal cipta sejarah, hasilkan filem pertama di angkasa lepas

Pihak produksi tidak mahu berkongsi jumlah kos dan peruntukan bagi filem bertajuk “The Challenge” itu.

Jika penggambaran itu berjaya, kru filem Rusia ini akan mengalahkan projek Hollywood yang bakal memaparkan bintang “Mission Impossible” Tom Cruise bersama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) dan SpaceX milik Elon Musk.

rusia bakal cipta sejarah, hasilkan filem pertama di angkasa lepas

Misi penggambaran filem ini akan diketuai angkasawan Anton Shkaplerov dengan kapal angkasa Soyuz MS-19 selama 12 hari di ISS.

Pengarah filem Klim Shipenko dan pelakon Yulia Peresild dijangka kembali ke bumi pada 17 Oktober melalui kapsul bersama angkasawan Oleg Novitsky, yang sudah berada di ISS selama enam bulan.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini