Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rusuhan Bangladesh: Kerajaan Gerakkan Pelan Evakuasi, Bawa Semua Rakyat Malaysia Keluar

rusuhan bangladesh: kerajaan gerakkan pelan evakuasi, bawa semua rakyat malaysia keluar

Kerajaan akan menggerakkan pelan evakuasi bagi membawa semua pelajar, pekerja dan rakyat Malaysia di Bangladesh untuk pulang ke Malaysia.

Advertisement

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, kementeriannya bekerjasama dengan AirAsia bagi membawa pulang sekurang-kurangnya 192 rakyat Malaysia ke tanah air.

“Pesawat khas ‘wide body’ dengan kapasiti 350 penumpang akan diterbangkan ke sana dan dijadualkan tiba di lapangan terbang di Dhaka pada jam 10 pagi.

“Mula-mula kami mahu sewa kapal terbang dengan kapasiti 250 penumpang tapi selepas itu ambil kira juga rakyat Malaysia yang tidak berada dalam radar kita, yang mahu ikut sama pulang,” beliau berkata demikian pada sidang media khas di Wisma Putra.

Tambah beliau, buat masa ini, kedutaan sedang membawa pelajar dan rakyat terjejas ke bangunan kedutaan sebelum semuanya dibawa pulang ke tanah air pada esok pagi.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini