Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Maryam & Ryzal Duriankimchi Sambut Bayi Sulung, “Kami Namakan Puteri Kami Rina”

Personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae selamat menyambut kelahiran bayi sulung mereka di sebuah pusat perubatan pada Khamis.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Ryzal berkongsi foto dan video anaknya untuk pengikutnya di media sosial.

Advertisement

maryam & ryzal duriankimchi sambut bayi sulung, “kami namakan puteri kami rina”

Malah, Ryzal juga mengumumkan nama buat bayi perempuan mereka ‘Rina’, gabungan nama mereka, Rizal dan Narae.

“Saya namakan puteri kami Rina (Rizal + Narae). Kalau Rizal Maryam jadi Rima, lari nurse dengar nama anak,” tulis Ryzal.

Isterinya Maryam yang berasal dari Korea juga bersyukur dan berterima kasih untuk semua pengikut yang mendoakannya.

“Alhamdulillah, baby dan Maryam sihat. Allah mudahkan bersalin.

“Terima kasih semua mendoakan saya,” kata Maryam.

maryam & ryzal duriankimchi sambut bayi sulung, “kami namakan puteri kami rina”

Rata-rata warganet dan rakan-rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran bayi sulung mereka itu selain mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat mereka sekeluarga.

“Alhamdullilah tahniah Ryzal dan Maryam,” komen penyanyi, Indah Ruhaila.

“Alhamdulillah, tahniah kalian berdua!,” komen primadona Erra Fazira.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini