Seorang saintis yang bertanggungjawab menemui virus Ebola memberi amaran wujudnya pandemik yang lebih berbahaya daripada COVID-19 pada masa depan.

Menurut Prof Jean-Jacques Mutembe Tamfum, lebih banyak penyakit zoonosis, iaitu patogen yang berhubung kait antara haiwan denhan manusia, sedang ‘berlegar-legar’ di Bumi.
Advertisement
“Kita sedang berada di dunia dimana patogen baru akan keluar.
“Dan itulah yang menjadi ancaman bagi umat manusia,” kata penyelidik dari Institut National de Recherche Biomedicale (INRB) di Kinshasa dekat Republik Demokratik Congo.
COVID-19 merupakan salah satu penyakit zoonotik, dimana teori awal mengatakan ia datangnya daripada pasar basah di Wuhan, China sejak hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, wujud teori menyatakan virus berkenaan sebenarnya telah wujud lebih lama di Eropah, sebelum ia merebak ke serata dunia dan meruntuhkan ekonomi serta membunuh jutaan nyawa manusia.
Dalam laporan berbeza, doktor di Kinshasa, Congo kini sedang merawat seorang wanita yang menunjukkan tanda-tanda demam berdarah.
Wanita itu mungkin menghidap Ebola, tetapi doktor dan pakar di sana bimbang jika wanita itu dijangkiti baharu dikenali sebagai "Penyakit X", yang berpotensi menyebar sepantas koronavirus dengan kadar kematian yang menakutkan, antara 50 dan 90%.
"Kita semua harus rasa takut. Dahulu pun kita tak tahu mengenai Ebola. COVID-19 pun kita tak tahu sebelum ini. Kita harus takut dengan penyakit baru," kata Dr Dadin Bonkole, yang merawat pesakit itu, kepada CNN.
Sumber: Daily Star // CNN