Para saintis baru-baru ini berjaya membuat replika suara sebuah mumia yang merupakan jasad seseorang dari zaman Firaun yang bernama Nesyamun.

Mumia tersebut dikatakan berusia lebih kurang 3000 tahun dan beasal dari Mesir.
Advertisement
Para saintis mengambil mumia tersebut dan meletakkannya ke dalam mesin pengimbas tomografi berkomputer. Mesin ini berfungsi untuk menciptakan model 3 dimensi (3D) tekak jasad tersebut dan dimensi-dimensi lain yang dapat menyumbang kepada pengenalan struktur saluran suara mumia tersebut.

Dengan ini mereka membina replika kotak suara tersebut secara 3D dan menyambungkannya kepada tekak elektronik bagi membantu menghasilkan bunyi.

Kotak suara mumia dalam versi 3D yang dihasilkan semula
Hasil daripada eksperimen ini membenarkan kita untuk mendengar sedikit rakaman suara seseorang yang telah mati lebih daripada 3000 tahun dahulu! Seorang penduduk mesir yang telah di awet dalam bentuk mumia.
Berdasarkan tulisan di keranda Nesyamun dan barang-barang yang dikebumi bersama mayatnya, ia mnunjukkan bahawa Nesyamun merupakan seorang paderi yang selalu menggunakan suaranya di dalam syarahan agama dan nyanyian keagamaan.
{^media|(width)500|(height)55|(ext).mp3|(url)https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/feb-2020/mummy-sound.mp3^}
Suara mumia yang dihasilkan daripada kotak suara 3D
Hal ini mungkin dilihat sebagai sesuatu yang sangat remeh, tetapi ia membuka mata kita tentang kecanggihan teknologi zaman sekarang dan di mana kita berada dalam perkembangan ilmu sains dan inovasi.
Dengarkan juga rakaman suara Nesyamun di pautan berikut.
Sumber: Science Magazine