Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cipta Vaksin Tunggal, Saintis Yakin Dapat Atasi Semua Jenis Koronavirus

Vaksin tunggal untuk melawan semua jenis koronavirus sedang giat dijalankan pasukan saintis Amerika Syarikat (AS) bagi mencegah sebarang pandemik baharu di masa akan datang.

Geran berjumlah AS$2.6 juta (RM10.8 juta) daripada Institut Kebangsaan bagi Alergik dan Penyakit Berjangkit akan digunakan Institut Imunologi La Jolla dari California.

Advertisement

cipta vaksin tunggal, saintis yakin dapat atasi semua jenis koronavirus

Malah, kajian ini juga mendapat kerjasama daripada saintis dari Universiti Harvard, Hospital Brigham dan Hospital Besar Massachusetts.

Penghasilkan vaksin Covid-19 sebelum ini memberikan keyakinan dan kepercayaan pasukan saintis dan penyelidik untuk mencegah penularan koronavirus yang berkaitan.

cipta vaksin tunggal, saintis yakin dapat atasi semua jenis koronavirus

Menurut Presiden Institut Imunologi La Jolla, Dr. Erica Ollmann Saphire berkata tujuan utama mereka untuk mengenalpasti struktur virus yang mungkin tidak bermutasi apabila virus berubah serta menyasarkan pada bahagian tersebut.

“Daripada kita perlu mencipta vaksin-vaksin baharu, adalah lebih baik sekiranya kita menghasilkan satu vaksin yang boleh melindungi populasi dunia daripada varian-varian SARS-CoV-2 (virus Covid-10) atau apa-apa sahaja koronavirus selepas ini,” katanya.

cipta vaksin tunggal, saintis yakin dapat atasi semua jenis koronavirus

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) juga mencatat terdapat tujuh jenis virus koronavirus yang sering ditemui setakat ini.

Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang juga berasal dari China adalah jenis yang paling dikenali ramai sebelum Covid-19 melanda.

Sumber: MailOnline
 

ERA Muzik Hit Terkini