Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cari Alternatif Derma Organ Pada Manusia, Saintis Kacuk Khinzir Dengan Monyet

Saintis di sebuah makmal di China telah mengacukkan DNA khinzir bersama monyet bagi tujuan kajian pemindahan organ ke tubuh manusia.

cari alternatif derma organ pada manusia, saintis kacuk khinzir dengan monyet

Advertisement

Haiwan hibrid monyet-khinzir itu adalah pertama kali seumpanya di dunia dan dilahirkan dengan sempurna selepas saintis mempersenyawakan lebih dari 4,000 embrio.

Dua ekor anak khinzir yang dilahirkan itu mempunyai bahan genetik monyet Cynomolgus dalam jantung, hati, limpa, paru-paru dan kulit.

Sel stem monyet telah disuntik ke dalam embrio khinzir berusia lima hari sebelum disenyawakan dalam khinzir betina.

cari alternatif derma organ pada manusia, saintis kacuk khinzir dengan monyet

Walaubagaimana pun, dua ekor anak khinzir yang dilahirkan itu telah mati selepas seminggu dilahirkan.

Menurut Daily Mail, penyelidikan itu bertujuan bagi mencari alternatif lain kepada derma organ kepada manusia.

Dalam penyelidikan lain, saintis China juga telah mencadangkan untuk mencipta monyet yang mempunyai otak manusia bagi mengembangkan penyelidikan terhadap beberapa jenis penyakit seperti Alzheimer dan lain-lain.

Sumber: Daily Mail

ERA Muzik Hit Terkini