Universiti Helsinki di Finland kini sedang melakukan penyelidikan dengan menggunakan anjing terlatih sebagai pembantu diagnostik perubatan.

Haiwan ini kemudian dilatih untuk mengenali virus korona baru iaitu SARS-Cov-2 yang mencetuskan kepada penyakit COVID-19.
Advertisement
Hasilnya cukup mengujakan. Selepas beberapa minggu, anjing berkenaan dapat mengesan sampel air kencing dengan betul dari pesakit Covid-19 dan membezakannya dengan sampel air kencing manusia yang sihat.
"Kami mempunyai banyak pengalaman dengan latihan anjing untuk mengenali pelbagai penyakit," kata Anna Hielm-Björkman, salah seorang pensyarah penyelidikan klinikal di Fakulti Veterinar Universiti Helsinki.
Dalam waktu yang agak singkat, haiwan ini dapat mengenal pasti air kencing dari orang yang dijangkiti SARS-CoV-2 dengan ketepatan yang setara dengan ujian PCR yang biasa digunakan.

Selepas berjaya pada ujian makmal, para saintis di Finland kini sedang menjalankan penyelidikan tahap kedua dengan skala yang lebih besar. Sekiranya ujian ini berjaya, maka mereka akan mula menerapkan ia pada ujian klinikal.
Sehingga kini, para pengkaji juga masih belum mengetahui bahan apa yang ada dalam air kencing yang mencetuskan bau khas COVID-19 ini. Ini adalah kerana, virus korona SARS CoV-2 tidak hanya menyerang pada paru-paru, tetapi juga organ penting lain seperti buah pinggang atau juga saluran darah. Perubahan bau pada air kencing pesakit inilah yang membuatkan deria anjing menjadi sensitif.

Terdahulu, anjing juga telah digunakan oleh saintis bagi membantu mengesan beberapa jenis barah seperti barah payudara dan paru-paru, yang dapat dihidu dengan ketepatan yang sangat tinggi.
"Kanser payudara dapat dihidu dengan ketepatan hingga 93 peratus, barah paru-paru pula sehingga 97 peratus yang dapat dihidu oleh anjing pengesan," kata Barrett. Selain barah, penyakit Parkinson juga dilaporkan dapat dihidu oleh anjing pengesan ini beberapa tahun sebelum gejala muncul.
Sumber: Livescience