Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sedang Mendahului Undian, Saintis Negara Cipta Kit Ujian Pantas COVID-19

Sekumpulan saintis dari Malaysia yang diketuai Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, berjaya menghasilkan kit ujian pantas atau 'rapid test kit' pertama di dunia untuk mengesan COVID-19.

sedang mendahului undian, saintis negara cipta kit ujian pantas covid-19

Lebih membanggakan, ciptaan tersebut kini tersenarai sebagai antara 15 finalis bagi Anugerah Komuniti anjuran universiti berprestij Amerika Syarikat (AS), Massachusetts Institute of Technology (MIT) - MIT Solve Challenge.

Advertisement

MIT Solve Challenge merupakan satu pertandingan bagi inovasi yang memberikan impak kepada sosial di seluruh dunia.

Ciptaan kit pantas pengesanan COVID-19 itu berupaya mengesan kehadiran virus dengan menggunakan air liur berbanding teknologi sedia ada.

sedang mendahului undian, saintis negara cipta kit ujian pantas covid-19

sedang mendahului undian, saintis negara cipta kit ujian pantas covid-19

Malah, kehadiran COVID-19 mampu dikesan walaupun air liur individu itu tidak mengandungi banyak virus lain pada kadar lebih murah dan cepat.

Jika ia berjaya dipasarkan secara lebih meluas, harga bagi setiap alat pengesan itu boleh dijual pada harga kurang dari RM4.

Sehingga artikel ini ditulis, pasukan Dr Wan Wardatul Amani sedang mendahului pasukan lain dari segi undian sebelum undian ditutup tidak lama lagi.

 Undian boleh dibuat dengan mendaftar masuk di https://solve.mit.edu/challenges/health-security-pandemics/solutions.

Sumber: SOLVE MIT

ERA Muzik Hit Terkini