Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Para Saintis Jangka Bumi Tidak Stabil Jika Bulan Semakin Jauh

Pakar kajian menyuarakan keresahan bahawa Bumi bakal menjadi tidak stabil disebabkan jarak bulan yang kini semakin jauh dari planet ini.

Memetik laporan Daily Star, saintis mendapati bulan telah bergerak menjauhi Bumi daripada kedudukan asal sebelum ini.

Advertisement

para saintis jangka bumi tidak stabil jika bulan semakin jauh

Tambahnya, kejadian itu memang normal tetapi para saintis mempunyai kepercayaan bahawa bulan akan meninggalkan Bumi buat selama-lamanya kelak.

Menurut jurnal Earth, Planets and Space, ia akan menyebabkan kekacauan dalam setiap aspek kehidupan manusia yang bergantung dengan kitaran semasa cakerawala.

Ini kerana putaran graviti Bumi dan bulan memberi kesan besar terhadap laut, matahari, mamalia, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi.

para saintis jangka bumi tidak stabil jika bulan semakin jauh

Dalam perkembangan lain, beberapa pakar lain juga memberi amaran bahawa bulan boleh berada pada jarak yang semakin hampir dengan Bumi sehingga menyebabkan graviti boleh dimusnahkan.

Namun, para saintis masih tidak menjangkakan bila kejadian seperti itu akan berlaku nanti.

Sumber: Daily Star
 

ERA Muzik Hit Terkini