Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Saintis Tawar Ganjaran RM38,000 Pada Sesiapa Yang Rela Dijangkiti Koronavirus

Sebuah syarikat penyelidikan perubatan di London telah menawarkan ganjaran kira-kira RM38,000 kepada sesiapa yang sanggup dijangkiti wabak koronavirus.

makan antibiotik sahaja tak berkesan rawat dan elak wabak coronavirus

Advertisement

Ia adalah bertujuan penyelidikan dan mempercepat proses penemuan vaksin bagi koronavirus atau COVID-19.

Menurut 9news, mereka yang rela dijangkiti virus itu akan diletakkan dalam bilik di makmal selama dua minggu dan tidak dibenarkan mengadakan hubungan fizikal dengan orang lain.

saintis tawar ganjaran rm38,000 pada sesiapa yang rela dijangkiti koronavirus

Sukarelawan yang berminat akan diberikan diet terhad, dan akan dijangkiti dengan virus korona yang lebih ringan, iaitu jenis 0C43 dan 229E, berbanding jenis SARS-CoV-2 yang menjadi punca kepada COVID-19.

Ujikaji berkenaan akan dilakukan secara berkumpulan ke atas 24 individu yang dikenali sebagai 'FluCamp', iaitu kajian kuarantin yang kerap digunakan bagi mengkaji pelbagai virus seumpamanya.

Bagaimanapun, kajian ini belum diluluskan oleh pengawal selia penyelidikan perubatan United Kingdom.

Dalam perkembangan lain, dapatkan maklumat terkini Covid-19 di sini.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini