Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bapa Sakit Jantung Lepas Ajar Anak Tak Faham Jawab Soalan Matematik

Seorang bapa pengsan akibat diserang sakit jantung selepas tertekan mengajar anaknya subjek Matematik.

bapa sakit jantung lepas ajar anak tak faham jawab soalan matematik

Advertisement

Kejadian belaku di China selepas Liu dikatakan membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah.

Lelaki berusia 45 tahun ini berang apabila anaknya tidak dapat menyelesaikan soalan Matematik, meskipun sudah diajar banyak kali.

Selepas melepaskan kemarahan, Liu rasa sakit pada dada dan sesak nafas, lalu pengsan dan dikejarkan ke hospital Shenzen untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor mengesahkan Liu diserang sakit jantung dan saluran arterinya sudah tersumbat.

Pasukan perubatan juga percaya, serangan jantung itu adalah disebabkan tekanan yang dialami oleh lelaki itu ketika membantu anaknya menyelesaikan kerja sekolah.

Sakit jantung merupakan penyebab kematian utama dikebanyakkan negara di dunia.

Sumber: NY Post

ERA Muzik Hit Terkini