
Berhubung ugutan dan ancaman terhadap pempengaruh media sosial, Rajeswary atau lebih dikenali sebagai Esha di media sosial TikTok, sembilan individu telah hadir untuk memberikan keterangan.
Advertisement
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, keterangan berkenaan diambil bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat mangsa sehari sebelum mangsa meninggal dunia.
Siasatan masih dijalankan dan setakat ini, sembilan saksi termasuk ahli keluarga mangsa telah hadir untuk dirakam keterangan.
Tambah Ahmad Sukarno, tiada tangkapan baharu dibuat.
Sumber: Sinar Harian