Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dah Boleh Tengok Semua Cerita Dalam HBO Dekat Mana-Mana Je

hbo go bakal dilancarkan di malaysia bulan mei ini dan anda pasti akan teruja

Akhirnya… Perkara yang dinanti-nantikan telah pun tiba. HBO Asia telah pun mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan HBO GO di Malaysia pada pengguna Astro pada bulan Mei ini

Advertisement

Lebih menarik lagi, aplikasi ini turut mengandungi Astro Movie Pack. Para pelanggan boleh melayari HBO GO ini melalui aplikasi HBO Go, Astro GO dan juga Astro set top box.

dah boleh tengok semua cerita dalam hbo dekat mana-mana je

Dengan hanya sambungan internet dan alat peranti, anda boleh menonton pelbagai jenis program seperti series, movies dan dokumentari yang telah disediakan oleh HBO. Yang menariknya anda boleh tonton program-program tersebut sama seperti waktu tayangan di Amerika Syarikat.

Jadi, lepas ni tak perlu lagi nak tunggu waktu-waktu tertentu untuk menonton rancangan seperti The Sopranos, Band of Brothers, Entourage dan lain-lain lagi. Bukan tu sahaja, anda juga boleh menonton filem-filem blockbuster seperti Mission Impossible- Fallout, Justice League, Rampage dan lain-lain lagi.

ERA Muzik Hit Terkini