Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mohamed Salah Bakal Terima Gaji Paling Mahal, Pecah Rekod Sepanjang Bersama Liverpool

Liverpool sedang dalam perbincangan untuk menjadikan Mohamed Salah sebagai pemain menerima gaji paling tinggi dalam sejarah kelab itu.

Pemain kelahiran Mesir itu sedang berunding mengenai lanjutan kontrak selama empat tahun dan beliau ketika ini memperoleh gaji sebanyak £200,000 (RM1.15 juta) seminggu.

Advertisement

mohamed salah bakal terima gaji paling mahal, pecah rekod sepanjang bersama liverpool

Setakat ini, kontrak Salah bersama Reds dijangka sehingga 2023 tetapi pihak pengurusan mahu memberikan komitmen untuk tempoh dua tahun lagi kepadanya.

Menurut Liverpool FC, tawaran baru yang sedang dalam perbincangan itu bakal memecahkan rekod kelab Merseyside itu.

Untuk rekod, Virgil van Dijk merupakan pemain Liverpool yang menerima pendapatan termahal dengan gaji £220,000 (RM1.27 juta) seminggu ketika ini.

mohamed salah bakal terima gaji paling mahal, pecah rekod sepanjang bersama liverpool

Sejak ketibaan Salah pada 2017, beliau muncul sebagai tunjang utama pasukan Reds untuk memenangi Liga Juara-Juara serta Liga Perdana.

Setakat ini, beliau telah menjaringkan 126 gol sepanjang kariernya dan lebih 49 gol dijaringkannya sepanjang 204 penampilan bersama Liverpool.

Sumber: Liverpool FC

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini