Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gara-Gara Internet Slow, 42 Pesanan Makanan Sama Sampai Serentak Depan Rumah

Gara-gara menghadapi masalah internet, sebanyak 42 penghantar makanan tiba di depan rumah selepas ditempah oleh seorang kanak-kanak di Filipina.

gara-gara internet slow, 42 pesanan makanan sama sampai serentak depan rumah

Kejadian berlaku selepas kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun membuat pesanan makanan menerusi aplikasi kerana ibu dan bapanya bekerja.

Advertisement

Menurut Kompas, laluan sempit di Barangay Mabolo dipenuhi 42 penghantar makanan gara-gara kesilapan pada aplikasi itu.

gara-gara internet slow, 42 pesanan makanan sama sampai serentak depan rumah

Kanak-kanak bersama neneknya terlebih dahulu memesan filet ayam dengan nasi serta kentang goreng dengan harga 189 peso (kira-kira RM15.89) setiap satu.

Bagaimanapun, disebabkan masalah internet, mereka terpaksa membayar 7,938 peso (kira-kira RM671) untuk kesemua 42 pesanan itu.

Menurut jiran, Dann kayne Suarez berkata, kanak-kanak itu memang sudah biasa membuat pesanan makanan secara atas talian, namun kali ini disebabkan masalah internet yang lambat membuatkan dia menekan pesanan sama sebanyak 42 kali.

gara-gara internet slow, 42 pesanan makanan sama sampai serentak depan rumah

Jiran-jiran terkejut selepas mendapati sekumpulan penghantar makanan tiba serentak di kawasan tersebut, hingga ia tular di sosial media.

Kanak-kanak itu juga dilaporkan menangis ketakutan sebaik sahaja melihat kedatangan pesanan begitu banyak berikutan tidak mempunyai wang untuk membayarnya.

Mujur jiran tetangga kanak-kanak itu bersama-sama membeli sebahagian daripada filet ayam itu, manakala selebihnya terpaksa dipulangkan kembali ke restoran.

gara-gara internet slow, 42 pesanan makanan sama sampai serentak depan rumah

Sumber: Kompas

ERA Muzik Hit Terkini