Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Salji Kini Mulai Turun Di Iraq, Dulunya Negara Panas Dan Berpasir

Jika sebelum ini negara Iraq dikenali sebagai sebuah negara yang panas dan berpasir, kini ia sudah dihujani dengan salji.

salji kini mulai turun di iraq, dulunya negara panas dan berpasir

salji kini mulai turun di iraq, dulunya negara panas dan berpasir

Advertisement

Video salji yang turun dinegara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Zainab Zaidi mengenai keadaan semasa dinegara terbabit.

"Jarang salji turun di Iraq. Karbala pagi ini ditutupi dengan salji putih yang sangat cantik," tulisnya.

Perkongsian oleh Zainab Zaidi ini membuatkan ramai warganet terpegun melihat kejadian alam ini sambil meluahkan rasa syukur dengan rahmat Allah SWT.

Menerusi laporan oleh portal Al-Jazeera, Ketua Media Jabatan Meteorologi Iraq, Amer Al-Jaberi berkata, walaupun fenomena itu sering berlaku di pergunungan utara Iraq namun ia asing di kawasan tengah dan selatan negara itu.

salji kini mulai turun di iraq, dulunya negara panas dan berpasir

salji kini mulai turun di iraq, dulunya negara panas dan berpasir

Suhu semasa di Baghdad, Iraq pula kini mencecah serendah 6 darjah Celsius.

salji kini mulai turun di iraq, dulunya negara panas dan berpasir

Kali terakhir salji turun di Iraq adalah pada tahun 2008.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini