Hidup berjiran sememangnya indah jika kita saling bertolak-ansur dan faham antara satu sama lain. Namun, siapa sangka sebuah keluarga di Forest Hill, Toronto, telah menyaman jirannya kerana meniru hampir kesemua rekabentuk, malah warna rumah mereka.

Pasangan Jason dan Jodi Chapnick, telah menyaman jirannya, Barbara Ann dan Eric Kirshenblatt kerana mendapati reka bentuk rumah yang jiran mereka baru ubahsuai adalah sama dengan rumah mereka.
Advertisement


Rumah yang telah diubahsuai oleh Jason dan Jodi pada tahun 2014 oleh arkitek mereka, dikatakan rumah yang paling diidamkan di Cedarvale dan Forest Hill. Hanya rumah Jason dan Jodi yang mempunyai reka bentuk sedemikian, menjadikan rumah mereka sungguh ekslusif.

Malangnya, beberapa tahun kemudian, hampir kesemua reka bentuk dan warna rumah ekslusif telah ditiru oleh jiran mereka sendiri. Jason dan Jodi telah memfailkan saman berjumlah $ 2.5 juta untuk ganti rugi.
Sumber: The Toronto Star.