Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Masyarakat Tak Hargai Alam Sekitar? Kelonggaran Sudah Diberi Tapi Buang Sampah Merata

Baru-baru ini, banyak tempat riadah sudah dikunjungi orang ramai tetapi ada reaksi negatif apabila sampah-sarap banyak ditinggalkan pengunjung selepas mandi-manda di air terjun Sungai Pisang, Gombak.

masyarakat tak hargai alam sekitar? kelonggaran sudah diberi tapi buang sampah merata

Advertisement

Malah, banyak lokasi riadah lain yang menjadi tempat ‘pembuangan sampah’ setelah mengunjungi tempat tersebut sehingga menimbulkan kemarahan individu lain.

Kesedaran sivik yang rendah, kekura­ngan ilmu mengenainya menjadi salah satu faktor masyarakat negara ini membuang sampah me­rata-rata sehingga mencacatkan pemandangan dan mencemar alam sekitar. 

masyarakat tak hargai alam sekitar? kelonggaran sudah diberi tapi buang sampah merata

Namun, ada juga sesetengah masyarakat yang bertanggungjawab untuk membuang sampah ke tempat sepatutnya dan bukan bertaburan.

Namun, kelonggaran sudah diberikan untuk masyarakat kembali ‘hidup’ dan lakukan aktiviti seperti sebelum ini tetapi sampai bila mentaliti sebegini akan diterapkan.

Masyarakat harus mencontohi orang di luar negara yang menitikberatkan persekitaran dan alam sekitar mereka dengan melakukan inisiatif sendiri.

Rata-rata netizen memandang isu ini sangat penting untuk menjamin kelestarian alam sekitar yang lebih baik dan sihat untuk generasi akan datang dapat menikmatinya.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini