Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sanggup Tanggung Risiko Demi Miliki Bibir Terbesar Di Dunia

Seorang wanita dari Bulgaria sanggup menanggung pelbagai risiko semata-mata mahu dinobatkan sebagai pemilik bibir terbesar di dunia.

sanggup tanggung risiko demi miliki bibir terbesar di dunia

Menurut Andrea Emilova Ivanova, 22, beliau telah mengambil suntikan asid hyaluronik ke-21 pada bibirnya, meskipun doktor sudah memberi amaran supaya tidak melakukannya.

Advertisement

Akibat daripada suntikan itu, bibir Andrea kini membesar berbanding saiz asalnya.

"Doktor bimbang dan mengatakan bibir saya sudah terlalu besar sehingga ingin mengeluarkan semua asid hyaluronik supaya bibir saya lebih kecil dengan bentuk sedikit berbeza.

"Tetapi saya dengan bertegas dan menolak pandangan itu serta mengatakan saya akan terus membesarkan bibir. Saya sangat suka bibir besar," katanya.

sanggup tanggung risiko demi miliki bibir terbesar di dunia

Beliau berkata, setakat ini tiada kesan sampingan atau komplikasi kesihatan yang terjadi kepadanya akibat daripada aktiviti membesarkan bibir itu.

Setakat ini juga, Andrea sudah menghabiskan £2,835 (RM15,135.58) sejak tahun 2018, bagi mendapatkan saiz bibir yang diidamkan.

Bibirnya kini menjadi terlalu besar, sehingga ia hampir menyentuh hidungnya.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini