Masa kini, gajet dilihat sebagai salah satu keperluan dalam memudahkan urusan hidup. Namun, ia turut memberikan kesan buruk, khasnya kepada golongan muda seperti kanak-kanak.

Ramai ibu dan bapa yang memberikan gajet kepada kanak-kanak, sebagai cara untuk membuatkan mereka ‘diam’ khasnya apabila berada di kedai makan.
Advertisement
Namun, tindakan itu sekiranya tidak dikawal, boleh memberikan kesan jangka masa panjang kepada tumbesaran mereka, khasnya pada bahagian mata.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesan penggunaan gajet keatas mata kanak-kanak adalah seperti berikut:
- Penglihatan kabur
- Mata kering
- Kerosakan saraf mata akibat pendedahan terhadap cahaya biru dari skrin paparan gajet
- Menyebabkan rabun

Justeru, kawal tempoh penggunaan gajet kepada kanak-kanak. Jangan biarkan kesan buruk ini berlaku kepada mereka untuk jangka masa panjang.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia