Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Saringan COVID-19 Percuma Untuk Rakyat Selangor Pulang Dari Sabah

Bagi memudahkan pengesanan jangkitan COVID-19, Selangor akan mengadakan saringan bersasar secara percuma khas buat rakyat negeri itu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September lalu.

saringan covid-19 percuma untuk rakyat selangor pulang dari sabah

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yang boleh dilakukan di semua cawangan Selcare Clinic.

Advertisement

Saringan bersasar ini dikhaskan buat pemastautin tetap di Selangor, dengan membawa dokumen penerbangan pulang dari Sabah, beserta bukti pemastautin tetap di negeri Selangor, ke mana-mana cawangan Selcare Clinic.

saringan covid-19 percuma untuk rakyat selangor pulang dari sabah

Insentif ini akan bermula Ahad, 4 Oktober, seperti yang dimaklumkan oleh beliau dalam satu kenyataan.

“Saringan tersebut boleh dilakukan di semua cawangan Selcare Clinic milik anak syarikat kerajaan negeri, Selgate Healthcare Sdn Bhd dengan pembuktian dokumen penerbangan pulang dari Sabah serta bukti pemastautin tetap di Selangor (bil air, bil elektrik dan sebagainya).

“Orang ramai diminta hadir ke klinik yang terdekat atau layari http://selcareclinic.com/our-clinics/ bermula Ahad ini, 4 Oktober,”

Orang ramai diminta hadir ke klinik yang terdekat atau layari http://selcareclinic.com/our-clinics/

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini