Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jangan Ambil Mudah, Satu Dari Lima Kanak-Kanak Di Malaysia Alami Bantut

Bantut merupakan satu keadaan bila ketinggian seseorang itu tidak seiring dengan usianya. Perbandingan ketinggian biasanya dibuat bersama rakan sebaya.

jangan ambil mudah, satu dari lima kanak-kanak di malaysia alami bantut

Menurut Public Health Malaysia, statistik menunjukkan satu daripada lima orang kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut, akibat daripada punca utama iaitu kekurangan zat makanan.

Advertisement

jangan ambil mudah, satu dari lima kanak-kanak di malaysia alami bantut

Ramai ibu dan bapa sering mengambil mudah berkenaan masalah ini dan tidak menjaga zat makanan yang diberikan kepada anak masing-masing. Akibatnya, perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak itu boleh terjejas, dan lebih teruk lagi ia berpanjangan sehingga mereka menjadi dewasa.

Faktor lain yang menyebabkan bantut adalah seperti genetik, penyakit kronik, masalah hormon, masalah tulang kerangka dan juga “late bloomers”.

“Late bloomers” adalah keadaan bila mana kanak-kanak itu membesar dengan perlahan, namun apabila menjelang remaja, ketinggian mereka bertambah dengan pantas dan sama atau lebih daripada rakan sebaya.

Masalah bantut ini boleh dirawat sekiranya sebelum mencapai usia 18 tahun. Dapatkan nasihat daripada doktor bagi mengelakkan masalah ini daripada berlaku.

jangan ambil mudah, satu dari lima kanak-kanak di malaysia alami bantut

Sumber: Public Health Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini