Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jangan Pandang Remeh, Tulang Belakang Anda Perlu Dijaga Dengan Baik. Ini Tips!

Pernah tak berlaku kepada anda, apabila ingin bangun pagi anda akan terus rasa sakit belakang. Ramai yang menganggap penjagaan tulang belakang perlu diutamakan waktu mereka sudah berusia. Tetapi sebenarnya, ia lebih baik jika anda mengambil langkah penjagaan pada usia muda supaya tidak terjejas apabila sudah meningkat usia.

jangan pandang remeh, tulang belakang anda perlu dijaga dengan baik. ini tips!

Postur badan yang baik adalah penting dan merupakan salah satu cara yang boleh diamalkan untuk menjaga tulang belakang anda. Memang selalu dipandang remeh tetapi cara anda berdiri, duduk, baring mahupun mengangkat barang harus diberikan lebih perhatian. Jika postur badan anda salah, ia boleh menyebabkan sakit belakang yang amat berpanjangan.

Advertisement

Dr Kamarul Ariffin menulis bebenang di laman sosial Twitter tentang tips penjagaan tulang belakang.

  • Duduk peha 90°, lutut 90°, belakang sandar
  • Elakkan diri daripada membongkok dan melunjur

postur yang baik elok untuk tulang belakang

  • Duduk dengan tegak semasa anda menggunakan komputer di riba
  • Jangan duduk terlalu melunjur semasa memandu

postur yang baik elok untuk tulang belakang

  • Mencangkung dahulu jika anda ingin mengambil barang di lantai
  • Bawa barang rapat ke tubuh badan dan elakkan diri daripada membongkok

postur yang baik elok untuk tulang belakang

  • Gunakan troli jika barang anda terlalu berat
  • Elakkan daripada pusing badan anda sahaja apabila ingin mengalihkan barang

postur yang baik elok untuk tulang belakang

Jadi, anda pun boleh mengamalkan perkara-perkara ini semasa melakukan aktiviti harian supaya dapat kurangkan rasa sakit belakang. Jika anda masih sakit belakang yang berpanjangan, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar.

Sumber:

Twitter Dr Kamarul Ariffin

ERA Muzik Hit Terkini