Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Scammer Cuba Perdaya Wanita, Tak Sangka Wanita Itu Pegawai Polis

Pernahkah anda menerima panggilan telefon daripada nombor yang anda tidak kenali, dan cuba mengugut anda untuk memberikan data peribadi seperti kad pengenalan atau butiran bank?

Menerusi video yang tular baru-baru ini, satu sindiket yang dipercayai adalah scammer, telah cuba untuk memperdaya seorang wanita yang mereka sangka boleh tertipu. Tanpa mereka sedari, wanita itu rupanya adalah seorang pegawai polis.

Advertisement

scammer cuba perdaya wanita, tak sangka wanita itu pegawai polis

Korporal Suraya, seorang pegawai polis daripada Kedah, telah merakamkan butiran perbualan scammer ini yang cuba mempedaya dirinya.

Dilaporkan, scammer ini telah menghubunginya sebelum ini, dan cuba memperdaya beliau sekali lagi.

scammer cuba perdaya wanita, tak sangka wanita itu pegawai polis

Scammer yang menyamar sebagai seorang pegawai kastam, mendakwa wanita itu telah membeli sesuatu daripada negara China bernilai lebih RM15,000 dan telah dikenakan cukai sehingga RM4,000.

Scammer tidak sedar wanita berkenaan merupakan seorang pegawai polis, mengugut kononnya beliau akan dikenakan senarai hitam jika tidak membuat pembayaran segera.

Video yang dikongsikan semula oleh Polis Kedah ini telah mendapat pelbagai reaksi ramai yang rata-rata mengharapkan agar sindiket scammer ini dapat ditumpaskan.

Sumber: Youtube Polis Kedah

ERA Muzik Hit Terkini