Scammer merupakan individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang menipu orang lain demi kepentingan mereka sendiri. Mereka biasanya bergerak atau satu tujuan iaitu mengaut keuntungan atas angin.

Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberitahu taktik scammer memperdaya mangsa dengan meniru suara ahli keluarga atau rakan anda, sebelum meminta untuk memindahkan sejumlah wang.
Advertisement
Mereka akan menghubungi mangsa menggunakan nombor telefon yang tidak dikenali, memberitahu kononnya itu adalah nombor telefon baru dan menyamar sebagai keluarga atau rakan dengan taktik untuk meminjam sejumlah wang, sebelum berlalu pergi tanpa jejak.
Berikut adalah antara kejadian scammer yang menyamar sebagai saudara mangsa:

Dalam keadaan ini, polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan menyemak dahulu latar belakang pemanggil sebelum membuat sebarang transaksi seperti yang diminta.

Sumber: KDN