Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ini Sebab Kenapa Pelitup Muka Dengan Injap Pernafasan Tak Sesuai Cegah COVID-19

Pemakaian pelitup muka atau face mask ketika ini adalah sangat penting bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Terdapat pelbagai jenis face mask yang ada dijual dipasaran, antaranya jenis 3-lapis, jenis fabrik, dan juga jenis yang dipasangkan dengan injap pernafasan.

Advertisement

ini sebab kenapa pelitup muka dengan injap pernafasan tak sesuai cegah covid-19

Meskipun nampak seakan sama dengan pelitup muka biasa, face mask yang dilengkapi injap pernafasan ini adalah sangat tidak sesuai untuk digunakan dalam usaha mencegah wabak COVID-19 ketika ini.

Ini adalah kerana face mask jenis ini adalah untuk kegunaan dalam industri dimana udara yang dihembus keluar dari pengguna sama sekali tidak ditapis, berbanding dengan face mask 3 lapisan yang disarankan oleh agensi-agensi kesihatan.

ini sebab kenapa pelitup muka dengan injap pernafasan tak sesuai cegah covid-19

Perlu diingatkan bahawa penggunaan face mask ketika pandemik COVID-19 ketika ini adalah bertujuan melindungi diri dan juga orang awam daripada dijangkiti.

Sumber: Public Health Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini