Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada Sebab Kenapa Lipan Suka Berkeliaran Dalam Rumah

Ramai antara kita yang takut apabila berhadapan dengan serangga ini. Malah, ramai yang mengambil pendekatan untuk membunuh sahaja lipan kerana risau akan keselamatan diri.

ada sebab kenapa lipan suka berkeliaran dalam rumah

Menurut kajian, lipan yang merayap dalam rumah sebenarnya sedang mencari makanan serangga perosak seperti lipas, anai-anai, dan lalat. Serangga ini tidak mempunyai perumah dan ia akan terus aktif bergerak daripada satu lokasi ke lokasi lain.

Advertisement

Racun yang bertindak sebagai bisa pada lipan digunakan untuk membunuh mangsa menggunakan kedua-dua kaki pada kepalanya. Lipan terlebih dahulu akan melompat kearah mangsa. Kaedah ini dikenali sebagai “lassoing”. Lipan juga tidak membahayakan anda melainkan jika ia berada dalam keadaan terancam.

ada sebab kenapa lipan suka berkeliaran dalam rumah

Namun, jika anda mahu menghalau lipan daripada berada dalam rumah anda, pastikan rumah anda tidak mempunyai serangga yang berpotensi menjadi makanannya.

Sumber: Elite Readers

ada sebab kenapa lipan suka berkeliaran dalam rumah

ERA Muzik Hit Terkini