Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sebab Terlalu Manja Punca Orang Kita Malas Berjalan – Kajian

Tersenarai pada kedudukan ke-44 daripada 46 buah negara yang paling malas berjalan, Malaysia berada dalam kelompok negara yang paling kurang berjalan, di hadapan Arab Saudi dan indonesia.

sebab terlalu manja punca orang kita malas berjalan – kajian

Dipetik daripada Kosmo Online, hasil kajian penyelidik dari Universiti Stanford, California mendedahkan, rakyat Malaysia secara puratanya hanya berjalan sebanyak 3,963 langkah setiap hari. Sebaliknya, Hong Kong berada di tempat pertama paling rajin berjalan dengan purata 6880 langkah setiap hari.

Advertisement

Sikap terlalu manja rak­yat Malaysia merupakan antara faktor utama negara ini tersenarai dalam kedudukan ke-44 daripada 46 buah negara yang mempunyai penduduk paling malas berjalan di dunia.

“Kalau boleh semua ingin mudah dan sikap terlalu manja ini sebenarnya sudah menjadi tabiat rakyat di negara ini sehingga ia menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan harian mereka” kata Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Salam Senawang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad pada Kosmo! Online.

Sumber: Kosmo! Online

ERA Muzik Hit Terkini