Jumlah kes jangkitan COVID-19 kini sudah mencecah lebih 1 juta penduduk diseluruh dunia.

Wabak yang bermula di Wuhan, China itu kini telah meletakkan negara Amerika Syarikat, Itali, Sepanyol dan Jerman sebagai negara paling ramai dijangkiti wabak COVID-19.
Advertisement

Data terkini menunjukkan terdapat 1,015,964 kes jangkitan COVID-19 diseluruh dunia, dengan 53,219 kes kematian yang dilaporkan setakat 3 April 2020.

Data yang direkodkan juga menunjukkan 100,000 kes pertama dicatatkan dalam masa 55 hari, manakala 500,000 dalam masa 76 hari.
Sementara itu, KKM turut melaporkan peningkatan jumlah kes kepada 3,116 setakat semalam, 2 April 2020.
Sumber: Awani / Coronatracker