Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pihak Sekolah Terpaksa Buang Jam Berjarum Sebab Pelajar Tak Reti Baca

Dengan teknologi masa kini yang semakin canggih, ramai generasi kini mudah untuk mendapatkan maklumat dihujung jari. Malangnya, generasi ini semakin melupakan kepayahan oleh generasi masa lalu.

Sebuah sekolah di Amerika Syarikat dilaporkan terpaksa menukarkan kesemua jam mereka jenis analog kepada jam digital kerana pelajarnya tidak mampu untuk membaca waktu.

Advertisement

pihak sekolah terpaksa buang jam berjarum sebab pelajar tak reti baca

Menurut pentadbir Association of School and College Leaders (ASCL), Malcolm Trobe berkata, masalah ini dihadapi oleh pelajar disana kerana generasi kini mudah untuk membaca nombor berbanding dengan kaedah tradisional.

“Generasi masa kini tidak pandai untuk membaca jam tradisional. Mereka lebih senang melihat jam digital yang ada pada telefon bimbit, komputer mereka. Hampir setiap objek disekeliling mereka kini adalah dalam bentuk digital”

Menurut kajian, kanak-kanak masa kini menghabiskan purata 6 jam sehari dihadapan skrin komputer dan telefon bimbit. Ini menjadi sebab mengapa mereka tidak pandai untuk membaca jam jenis analog atau jam yang berjarum, berbanding dengan jam digital.

pihak sekolah terpaksa buang jam berjarum sebab pelajar tak reti baca

Sumber: Elite Readers

ERA Muzik Hit Terkini