Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sekumpulan Lelaki Sempat Pekena ‘Roti John’ Sebelum Lakukan Aksi Lumba Haram

Juadah 'roti john' sempat dinikmati sekumpulan penunggang motosikal terlibat lumba haram di Senawang sebelum diberkas di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), pada Khamis.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi dan ia dikesan selepas sekumpulan melakukan perlumbaan haram tersebut.

Advertisement

sekumpulan lelaki sempat pekena ‘roti john’ sebelum lakukan aksi lumba haram

Tambahnya, lingkungan umur penunggang motosikal yang diberkas antara 19 hingga 25 tahun.

"Kejadian berlaku melibatkan 13 penunggang yang menunggang motosikal sambil melakukan aksi meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-dua belah kaki ke belakang (superman), aksi bersaing sesama sendiri, aksi menundukkan badan dan aksi zig-zag bermula dari Kilometer 41.7 sehingga Kilometer 35 Lebuhraya Elite arah Utara.

"Pada jam kira-kira 1.20 pagi, lima suspek telah berhenti di Stesen Minyak Petronas RNR Dengkil manakala kira-kira jam 1.40 pagi, lapan lagi suspek berhenti di sebuah warung di Klang," katanya

Menurutnya, kesemua suspek kemudiannya diberkas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sepang untuk tindakan lanjut.

"Polis kemudiannya mengeluarkan 37 saman terhadap suspek yang terlibat.

"Selain itu semua motosikal milik suspek yang ditahan telah disita untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini