Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sering Minta Maaf Tanpa Sebab Antara Tanda Orang Itu Alami Penderaan Mental Dan Emosi

Kita mungkin boleh melihat dengan mata kasar andai seseorang itu mengalami penderaan fizikal seperti bengkak, lebam atau kesan luka pada tubuh. Namun, adalah sukar untuk kita mengetahui andai seseorang itu mengalami penderaan mental.

sering minta maaf tanpa sebab antara tanda orang itu alami penderaan mental dan emosi

Advertisement

Penderaan emosi dan mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, antaranya daripada keluarga dan persekitaran.

Kesan daripada penderaan mental dan emosi boleh mengakibatkan individu itu mengalami kemurungan, tekanan emosi malah depresi, sehingga boleh membawa kepada kematian.

sering minta maaf tanpa sebab antara tanda orang itu alami penderaan mental dan emosi

Memetik hantaran dari laman Facebook Public Health Malaysia, antara tanda-tanda seseorang itu mengalami penderaan mental adalah seperti:

1. Selalu meminta maaf tanda sebab

2. Mudah sebak dan menangis dalam perbalahan kecil

3. Sukar untuk bertenang

4. Sering merasa diri tidak sempurna

5. Selalu menyembunyikan perasaan mereka

6. Kerap berasa takut tanpa sebab

Jika anda alami atau mengenali sesiapa yang mendera mana mana pihak secara emosi, sila hubungi Talian Kasih 15999 untuk khidmat bantuan segera.

Sumber: Public Health Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini