Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kita Mungkin Selamat Untuk Melancong Semula Lepas Tahun 2023 - Kajian

Antara industri yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini adalah pelancongan. Bukan sahaja di Malaysia, malah industri pelancongan dunia turut terkesan dek kerana penularan wabak COVID-19.

kita mungkin selamat untuk melancong semula lepas tahun 2023 - kajian

Menurut pakar pelancongan global iaitu Atmosphere Research Group (ARG), tempoh pemulihan bagi industri pelancongan memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun selepas daripada COVID-19 diisyitiharkan terkawal.

Advertisement

Namun begitu, ARG juga belum dapat memastikan kemungkinan ini selagi kita belum berjaya memastikan graf jangkitan dan lengkungan menjadi mendatar ataupun kejayaan mencipta vaksin bagi menghentikan wabak ini daripada terus merebak.

kita mungkin selamat untuk melancong semula lepas tahun 2023 - kajian

Seandainya pandemik COVID-19 berjaya dikawal pada penghujung tahun 2020, maka kumpulan pelancong akan terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu:

1. Tiptoe traveller: 6 hingga 9 bulan selepas COVID-19 reda. Golongan ini adalah terdiri daripada kumpulan berpendapatan tinggi dan tertumpu kepada perjalanan domestik.

2. Perintis: 8 hingga 16 bulan selepas COVID-19 reda. Kumpulan ini akan melakukan perjalanan perniagaan bersama penumpang kerap peringkat pertengahan serta atasan dan akan membuat perjalanan antarabangsa berjarak sederhana.

3. Fast followers: 12 hingga 18 bulan selepas wabak reda. Jumlah pengembara hampir kepada normal dengan tempahan kabin kelas business dan first class semakin meningkat.

Selepas 16 hingga 24 bulan wabak COVID-19 berjaya 'dijinakkan', maka barulah industri pelancongan akan kembali pulih kepada 80 hingga 90%.

Walaubagaimana pun, ia tidak akan kembali pulih dan normal seperti sediakala. Malah, saintis di Havard turut menasihatkan agar masyarakat dunia mengamalkan penjarakan sosial sehingga tahun 2022.

Sumber: Executive Traveller

ERA Muzik Hit Terkini