Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selangor Tangguh Solat Jumaat, Ceramah Dan Solat Jemaah Di Masjid Hingga 31 Mei

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan, agar solat Jumaat, solat berjemaah dan aktiviti ceramah di masjid dan surau di negeri itu ditangguhkan sehingga 31 Mei depan.

selangor tangguh solat jumaat, ceramah dan solat jemaah di masjid hingga 31 mei

Memetik laporan dari Awani, keputusan itu berkuatkuasa serta merta bagi mengurangkan penularan jangkitan serta memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Advertisement

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bagaimanapun andai wabak dapat dibendung dalam tempoh lebih awal daripada tarikh 31 Mei, maka arahan baru akan dikeluarkan.

"Keputusan melanjutkan penangguhan itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas, antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini (Isnin).

"Solat Jumaat hendaklah digantikan dengan Solat Zuhur dan solat fardhu manakala Solat Sunat Tarawih pula hendaklah dilakukan di rumah masing-masing.

"Sultan Selangor turut menzahirkan kebimbangan Baginda terhadap 6.5 juta penduduk Selangor, yang mungkin akan terdedah kepada jangkitan COVID-19 sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil dengan bersungguh-sungguh.

"Baginda berharap tidak ada lagi rakyat negeri ini yang akan dijangkiti dan meninggal dunia akibat wabak tersebut.

"Baginda dukacita dengan penyebaran berita-berita palsu (fake news) dan video-video palsu (fake videos) berkaitan wabak ini yang semakin menular," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook, Pejabat Diraja Selangor, pada Isnin.

Sumber: Awani / Selangor Royal Office

ERA Muzik Hit Terkini