
Sumber: Doktersehat
Advertisement
Sesiapa yang ada selulit pasti tak yakin dengan dirinya. Selulit buatkan kulit kita nampak tak sihat dan seperti berkedut. Lelaki ke perempuan dua-dua ada selulit. Tetapi yang perempuan lebih mudah ada jika nak dibandingkan dengan lelaki.
Kenapa perempuan lagi mudah ada selulit? Ini kerana tubuh perempuan memiliki distribusi lemak yang jauh lebih banyak daripada lelaki. Selulit lebih banyak berada pada paha dan pinggul.
Antara sebab lain adalah faktor umur. Bermula umur 25 tahun, ianya lebih mudah kelihatan kerana kadar hormon estrogen pada tubuh wanita juga semakin menurun. Lagi satu faktor adalah, semakin bertambah berat badan atau semakin gemuk seseorang, maka dia lebih cenderung dapat selulit yang jelas kelihatan!
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
